
Wednesday, May 13, 2009
Buat Si Pembius Kata

Friday, April 24, 2009
ADIWARNA
Shibuya faham tentang dunia ini. Gelora yang mengapai bala itu masih belum lagi mampu disedarkan. Perasaan bangga bukan kepalang bila mereka yang masih sedar itu bercerita tentang adiwarna yang dikecapi tanpa ada sebarang perlindungan!!!
“Yeke? pakai tak *&*&*&?
“Motif...nak pakai! Mana sempat nak beli beb. Lagipun nampak bersih je. Smart. Hihihi”
“Mana kau tahu bersih kat luar tu sama bersih kat dalam?”
“ermm..Alah kalau bersih kat luar tuh tak ada la nak risau sangat. Mesti pandai jaga luar dalam”
“Gitew laa adik- adik...Ada babak berat- berat ke?”(provokasi bermula)
“HARUSLAH...”
“Ya ampun...kau tak risau ke kalau kena $#*&!%^?
“Apa kau ni? Nak cerita- cerita pasal benda- benda ni. Motif sangat”
“Yelah sekadar ingatkan. Benda tu dan badan nak guna lama beb. Bukan sehari dua.”
“Motif nak baca khutbah kat aku. Baik sangat ke kau? Dah la malas nak Ym dengan kau lagi. Bye!!(kesentapan)”
Monday, April 20, 2009
....Satu Interpretasi Satu Malam...

Petanda tuhan yang maha pengasih lagi penyayang bisa membaca setiap apa yang tertulis di jiwa manusia.
Bahang bukan kepalang sejak akhir- akhir ini membuatkan keringat sentiasa membasahi jasad. Dingin sebentar...
Lumrah alam, yang panas bisa disejukkan, yang pasang bisa disurutkan, yang gelap bisa di suluh terang, semuanya atas kuasa yang Maha Esa....
Kelopak mata masih segar...
Kicauan burung akan kembali hanya beberapa jam lag. Rembulan bakal diganti mentari...cerah!
Aku?,
Ada beban fakta yang perlu dimuntahkan atas helaian kertas. Hanya buat satu penentuan...buat hidup yang mengimpikan puncak segalanya.
“susah, malas, penat, bosan tak ada benda lain ke?”....
Luahan klise dari jiwa yang memberontak membutuhkan yang pantas sahaja.
Bukan susah untuk menjadi susah bukan senang menjadi senang.
Realiti!!!
Sunday, April 19, 2009
DULU- DULU DAN SEKARANG...

Dari lagu pertama seniman agung itu yang berduet bersama Saloma yang berkumandang di teliga Shibuya “Gelora” sampailah “Saat yang bahagia”.Selesai 15 buah lagu..Wah layan juga lagu- lagu P.Ramlee ni. Jiwa konvensional menerkam kalbu gitu. Tapi apa yang menjadi persoalan, kenapa begitu hebat bait- bait senikata yang ditulis dan dialun dengan muzik yang begitu merdu sehingga kalau di dengar berkali- kali pun tidak pernah bosan. Padahal kalau nak diikutkan sudah lama karya seniman negara ini berlalu di tinggalkan zaman. Mungkin inilah yang dikatakan “kalau yang ori tetap ori....tak perlu ye nak kene touch up touch suara kalau tak sedap guna mesin” (realiti artis yang Cuma mengaharapkan rupa..suara ada? Non ado...)
Yelah Shibuya bukan nak cakap apa, kalau nak diikutkan masa zaman P.Ramlee tu dulu belum wujud lagi teknologi yang hebat- hebat dalam industri muzik untuk merepair suara- sumbang. Semuanya live je kalau nak direkodkan dalam piring hitam (Ayahlah yang story, almaklumlah kaki karaoke). Jadi kita boleh fikirkan sebenarnya secara realitinya kalau nak diikutkan arits dulu- dulu masa zaman 60-an, 70-an (zaman Uji Rashid dan Kak Pah) sampailah awal 90-an (zaman kak Ziana dan Siti ) semuanya punya bakat yang besar sampai ke hari ini kalau sebut sahaja nama- nama penyanyi yang lahir dari zaman- zaman kegemilangan muzik melayu ketika itu semua orang akan ingat walaupun Shibuya bukannya pengikut setia tapi hasil dari menjadi pendengar lagu- lagu mereka ini Shibuya dapat merasakan bahawa hakikat bakat yang asli bukan lawan untuk artis yang tumbuh bagai cendawan sejak kebelakangan ini.
REZEKI VS TAKDIR
Tak terkecuali sebagai seorang hamba merangkap diri sebagai khalifah di atas muka bumi ini, Shibuya juga tak terkecuali untuk berdepan dengan situasi yang di sebutkan di atas tadi. Shibuya ingat lagi sebelum Shibuya berpeluang untuk melanjutkan study di USM. Masa tu Shibuya sudah pun mendapat tawaran kerja selepas menamatkan latihan praktikal dan kerja yang ditawarkan masa tu memanglah menjadi idaman ramai..apa dia??? "Biarlah rahsia....bak kata Siti Nurhaliza..Dalam rasa excited tahap dewa untuk dikomfomkan diri untuk terus berkhidmat di syarikat tersebut..
Tiba-tiba masa dekat opis tengah sibuk melayan story yang perlu diketuk mengejar deathline...
Telefon Shibuya yang beringtonekan lagu Pussy cat Doll- SWAY (febret gila)...menggegarkan poket seluar Shibuya...Oh, Mama call rupanya...Maka berbual laa diantara dua beranak ini.
"Hello ma..kenapa call? bunga orked mama mati lagi ke?(standart laa soalan- soalan klise yang ditanya Shibuya untuk si pengemar pokok orked ni)
"Bukan sebab orked mati ke hidup...Semua elok-elok je..Ni haa ada ada surat dari UPU, mama da bukak pun sebab takut surat- surat penting.."
"Haa kenapa surat along Ptptn dah mai ke mintak hutang?"
"Bukan...Ni haa adik dapat masuk USM, esok kan hari sabtu, adik tak kerjakan esok, malam ni balik JB ok..penting sangat sangat ni"
"Erm oklah malam ni orang gerak balik JB." (dalam hati Shibuya rasa berbelah bagi sangat sebab Shibuya dah excited nak sambung kerja di tempat yang sangat Sibuya rindu sampai hari ni)
Sampai sahaja di rumah Shibuya...Shibuya pun macam tak ambil port sangat pasal tawaran belajar sebab Shibuya rasa kalau nak sambung buat degree buat pjj pun boleh. Tapi masa tu mama beriya- iya suruh sambung belaja katanya peluang ini sekali je dapat takut kalau tolak tawaran nanti universiti tak offer lagi...Ermm dalam hati Shibuya- ayat- ayat propaganda mama untuk suruh sambung belajar..
Maka berlakulah konflik jiwa yang bukan kepalang..Fikir sayangkan tawaran kerja, fikir tentang mama yang beriya- ria..Akhirnya Shibuya cakaplah dengan mama Shibuya tak mahu sambung belaja lagi buat masa ni.Sebab Shibuya dah dapat kerja yang Shibuya suka..Rupanya mama kecil hati (dehaka Shibuya!)..Esoknya mama cakap berkomunikasi secara hikmah dan lembut dengan Shibuya tentang perkara yang diidamkannya itu.
Shibuya memang tak dapat dinafikan seorang yang keras hati dan dalam bercakap- cakap dengan mama Shibuya tetap nak menegakan prinsip diri..Sampai mama menangis...(dehaka yang teramat buat kali yang kedua dalam kes ini)
Akhirnya Shibuya tak sanggup tengok Mama yang sangat beriya nak Shibuya sambung belajar, maka dengan berat hati shibuya pun berjumpa laa dengan bos merangkap mak ayam besar Shibuya di opis untuk menyatakan hasrat tidak dapat meneruskan perjuangan di syarikat tersebut atas sebab yang sudah pun diceritakan...
Yang menariknya, bos Shibuya menyokong Shibuya untuk sambung belajar dan minta Shibuya datang kembali kepangkuan syarikat selepas menamatkan pengajian selama tiga tahun...Alhamdullilah bukan kepalang gembiranya hati...
Namun, hati Shibuya tetap bersedih untuk menyambung pelajaran sebab bukan pilihan hati sendiri untuk menjejakkan kaki ke USM ini...Walaupun Shibuya pasrah apa yang berlaku tapi masih wujud suara- suara ego seorang manusia dalam hati ini yang memberontak! Dari luar semuanya nampak Shibuya senyum dan happy..hakikatnya mencarut- carut dalam hati bila fikirkan apa yang sudah berlaku dalam hidup ni.
Selepas hampir setahun konflik ini berlalu.....
Bangun pagi (pagi tak pagi sangatlahhh pukul 12.30 tgh) Shibuya agak kelam kabut sebab geng Shibuya sudah menanti untuk buat study group. Persediaan untuk final exam paper Dr.Muss dan Cik Mat (yang agak kritikal dan azab kalau tak faham)..Tengah membuat catwalk keluar dari bilik tiba- teringat pada Anis (ratu penang) yang nak join sama kalau Shibuya buat study group..lalu Shibuya call laa si ratu Penang ni...
"Hello u, ada dekat mana? Nak join tak hari ni, I study paper Dr.Muss dekat libry?"
"U...I ada dekat rumah laa..I pun tengah baca- baca nota dia juga ni.Sory la"
"Takpa laa kalau macam tu nanti U balik, kalau nak bincang bagitau I, I on jer"
"Ok. U..tadi i ada baca paper The Sun, U tau tak USM sekarang nak ambil student baru susah sangat, siap ada intiview and yang aply sampai 26 000, USM nak ambil 3500 orang sahaja. Bersyukur sangat I dapat masuk USM.."
"Yeke..ok nanti I balik study I bukak The Sun Online"
Maka, selesai menelaah pelajaran di libry yang sejuk macam peti ais, sampai sahaja di bilik berangka 129, Shibuya terus membuka The Sun Online :
Friday April 17, 2009
Selection trial tomorrow for entry into USM
GEORGE TOWN: The 26,635 students who applied to enter apex-status Universiti Sains Malaysia (USM) must not miss the Malaysian University Selection Inventory (Munsyl) special assessment test tomorrow.
USM deputy vice-chancellor (Academic and International Affairs) Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal said the test would enable them to select applicants who were suitable for the course they had opted for.
“Anyone who misses the test will miss a chance to study in USM. It’s just a one-hour test and it is to help the university and applicants make the right choice.”
He said USM had selected 117 locations nationwide for the applicants to attend the assessment tomorrow.
“Only 3,500 applicants will be picked to enrol in the university. The applicants will know their status at the end of this month.”
Prof Ahmad Shukri said unsuccessful applicants would have their applications submitted to the University Admission Unit (UPU) for other public universities.
He said those sitting for the Munsyl must print the attending slip from www.usm.my, bring their identification card, pencils and erasers to sit for the assessment.
“The location for them to sit the assessment can be found online,” he said, adding that the university had sent out SMSes to the candidates.
Sambil membaca laporan berita ni...Shibuya baru terfikir, "Alhamdullilah bersyukur sangat, rupanya Allah sudah tentukan aku untuk masuk ke universiti terbaik dan bukan calang- calang yang mampu untuk melanjutkan pelajaran di bumi USM ini." Shibuya rasa inilah yang dikatakan dalam banyak yang berlaku di dalam diri manusia rupanya kita selalu alpa dan terlalu ego dengan perasaan sendiri sehingga takdir yang sudah ditentukan oleh yang maha esa kita ketepikan sambil menambah dosa yang sememangnya sudah berkantung- kantung dalam kiraan malaikat.
Memang ada hikmah mengikut kehendak orang yang pernah menyusukan kita, memberi kasih sayang dan segalanya..Tapi Shibuya tetap merasakan bahawa dosa derhaka terhadap mama masih belum terhapus selagi Shibuya belum menjadi insan yang berjaya. Kalau bukan sebab mama, Shibuya tak akan berada di bumi yang bertuah ini...Semua yang berlaku ada hikmahnya!
Friday, April 17, 2009
"HANYA LUAHAN PERTAMA"

Pengguna internet kena patuh peraturan
KUALA LUMPUR: Garis panduan dan undang-undang dibuat kerajaan berkaitan penyebaran maklumat di internet dan blog bukan mahu mencari kesalahan penulis blog dan pengguna internet tetapi memastikan internet tidak disalahgunakan.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementeriannya memainkan peranan penting dalam mengawal selia maklumat yang tepat disampaikan kepada masyarakat tanpa ditokok tambah dan diputar belit mana-mana pihak. “Kita bukan bermaksud ingin mencari kesalahan penulis blog atau pengguna internet tetapi mahu orang ramai tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi kerana matlamat utama kerajaan memastikan konsep Satu Malaysia berjaya.
“Sekiranya maklumat yang tepat dan benar tidak sampai kepada masyarakat, macam mana konsep ini boleh berjaya dan ia akan jadi lebih buruk apabila berita atau fakta itu diputar belit atau disalah erti sesetengah pihak sehingga boleh menimbulkan sentimen perkauman.
“Oleh itu, kita mahu maklumat tepat disebarkan kepada orang ramai supaya mereka faham dan menghormati undang-undang,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama kementerian itu, di sini, semalam.
Rais berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan sesiapa yang melanggarnya perlu bertanggungjawab.
Beliau berkata, kementerian tidak akan mengambil tindakan terhadap pengkritik kerajaan selagi tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia, sebaliknya hanya bertindak terhadap penyebaran fakta palsu, salah dan tidak benar saja.
------------------------------------------------------------------------
Apabila membaca laporan berita yang menyentuh mengenai kebebasan pengiat penulis blog dan media baru ini, Shibuya merasakan ini adalah suatu perkara yang baik untuk pihak kerajaan yang baru dipimpin oleh Perdana Menteri kita yang keenam ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengawal segala laporan atau penulis yang boleh membawa keadaan yang huru hara dikalangan rakyat melalui garis panduan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini.
Namun demikian, Shibuya juga ada terfikir akan laporan yang mencanang akan langkah terbaru yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menstabilkan keadaan harmoni dikalangan kita rakyat Malaysia yang terdiri dari pebagai kaum, etnik, agama dan sebagainya. Adakah tindakkan yang dilakukan kerajaan ini mampu untuk dilaksanakan untuk menutup suara pengkiritk? bukankah suara yang dilontarkan oleh penulis- penulis blog ini adalah suara yang hadir daripada hati mereka sendiri untuk melontarkan segala pandangan? Adakah ini satu bentuk kawalan demokrasi bagi rakyat yang ingin meluahkan pandangan?
Umum sudah tahu, selepas PRU ke 12 yang lalu dimana kerusi pihak kerajaan agak goyah apabila kemenangan pihak lawan hampir menggugat kedudukan pihak kerajaan. Selepas membuat analisis tentang isu ini, kehadiran penulis- penulis blog yang marak dengan pelbagai idea dan pandangan adalah diantara perkara yang mempengaruhi berlakunya situasi ini. Maka, tidak hairanlah ada sesetengah pihak merasakan ini adalah perkara yang perlu dipandangan serius oleh pihak pemerintah untuk melihat kembali tentang pandangan yang dilontarkan oleh pihak penulis blog ini. Dengan kata lain bukan meletakkan pandangan mereka ke dalam bakul sampah tetapi menilai apa yang tersirat menerusi tulisan mereka dalam memperbaiki pemerintaan di negara kita ini...
Bagi Shibuya sendiri bagi penulis blog yang benar- benar ingin melontarkan sesuatu idea atau pandangan apa salahnya jika kita tonjolkan identiti kita sebagai penulis supaya mudah untuk pembaca mengenali siapa penulisnya. Menulis atas dasar fakta yang tepat dan bukan dalam bentuk yang mengapi- apikan. Adalah lebih cantik jika ada kesefahaman diantara pihak pemerintah dalam menilai akan apa yang ingin dipersembahkan oleh oleh penulis ini, mereka adalah rakyat dan dikalangan rakyat adalah pemerintah itu sendiri. Begitu juga untuk penulis blog, jadilah insan yang lebih bermaruah dalam memperkatakan tentang sesuatu perkara dan bukan bersifat emosi.
Apa yang Shibuya harapkan, dalam kenyataan terakhir di dalam laporan berita ini iaitu kerajaan tidak akan mengambil tindakkan terhadap pengkritik kerajaan tetapi apabila sudah menimbulkan fitnah ianya perlu diambil tindakkan. Semoga ada kesefahaman diantara dua belah pihak dalam menilai dan mentafsir akan isu yang semakin menjadi trend pada hari ini. Kerajaan sebagai pemerintah yang mempunyai misi yang telus dan berkaliber dan rakyat sebagai pemerhati yang bermaruah dan profesional...barulah "SATU MALAYSIA", bak kata Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan...
Justifikasinya, sebagai negara yang dilabelkan sebagai negara bercorak demokrasi, kita perlu mengangkat soal ini dengan baik. Adalah amat memalukan jika melihat kembali carta kedudukan demokrasi Malaysia pada tahun 2008 dalam kajian yang dilakukan oleh Global Press Freedom Rankings kita mendapat kedudukan tangga ke 141 daripada 195 buah negara. Jadi apa yang boleh dikatakan di sini, pihak kerajaan perlu melaksanakan apa yang telah dikatakan di akhir laporan tersebut dengan telus supaya tidak ada isu negara demokrasi hanya sebagai label tetapi kita menggamalkan autaritarian sebenarnya...SATU MALAYSIA!!!