
Pertama kali mencatat kata untuk mengisi reruang yang ada ini sebenarnya agak sukar untuk shibuya muntah kan isu pertama untuk dimuatkan pada reruang ini. Akhirnya, sambil mengisi segala protokol untuk membuat blog ini, sempat Shibuya buka akhabar Berita Harian online.. akhirnya tercetus idea! Dalam banyak- banyak artikel yang dipaparkan di muka utama laman tersebut, mata Shibuya tertarik pada satu laporan berita :
Pengguna internet kena patuh peraturan
KUALA LUMPUR: Garis panduan dan undang-undang dibuat kerajaan berkaitan penyebaran maklumat di internet dan blog bukan mahu mencari kesalahan penulis blog dan pengguna internet tetapi memastikan internet tidak disalahgunakan.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementeriannya memainkan peranan penting dalam mengawal selia maklumat yang tepat disampaikan kepada masyarakat tanpa ditokok tambah dan diputar belit mana-mana pihak. “Kita bukan bermaksud ingin mencari kesalahan penulis blog atau pengguna internet tetapi mahu orang ramai tidak sewenang-wenangnya dieksploitasi kerana matlamat utama kerajaan memastikan konsep Satu Malaysia berjaya.
“Sekiranya maklumat yang tepat dan benar tidak sampai kepada masyarakat, macam mana konsep ini boleh berjaya dan ia akan jadi lebih buruk apabila berita atau fakta itu diputar belit atau disalah erti sesetengah pihak sehingga boleh menimbulkan sentimen perkauman.
“Oleh itu, kita mahu maklumat tepat disebarkan kepada orang ramai supaya mereka faham dan menghormati undang-undang,” katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan pertama kementerian itu, di sini, semalam.
Rais berkata, negara ini mempunyai undang-undang dan sesiapa yang melanggarnya perlu bertanggungjawab.
Beliau berkata, kementerian tidak akan mengambil tindakan terhadap pengkritik kerajaan selagi tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia, sebaliknya hanya bertindak terhadap penyebaran fakta palsu, salah dan tidak benar saja.
------------------------------------------------------------------------
Apabila membaca laporan berita yang menyentuh mengenai kebebasan pengiat penulis blog dan media baru ini, Shibuya merasakan ini adalah suatu perkara yang baik untuk pihak kerajaan yang baru dipimpin oleh Perdana Menteri kita yang keenam ini iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengawal segala laporan atau penulis yang boleh membawa keadaan yang huru hara dikalangan rakyat melalui garis panduan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini.
Namun demikian, Shibuya juga ada terfikir akan laporan yang mencanang akan langkah terbaru yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menstabilkan keadaan harmoni dikalangan kita rakyat Malaysia yang terdiri dari pebagai kaum, etnik, agama dan sebagainya. Adakah tindakkan yang dilakukan kerajaan ini mampu untuk dilaksanakan untuk menutup suara pengkiritk? bukankah suara yang dilontarkan oleh penulis- penulis blog ini adalah suara yang hadir daripada hati mereka sendiri untuk melontarkan segala pandangan? Adakah ini satu bentuk kawalan demokrasi bagi rakyat yang ingin meluahkan pandangan?
Umum sudah tahu, selepas PRU ke 12 yang lalu dimana kerusi pihak kerajaan agak goyah apabila kemenangan pihak lawan hampir menggugat kedudukan pihak kerajaan. Selepas membuat analisis tentang isu ini, kehadiran penulis- penulis blog yang marak dengan pelbagai idea dan pandangan adalah diantara perkara yang mempengaruhi berlakunya situasi ini. Maka, tidak hairanlah ada sesetengah pihak merasakan ini adalah perkara yang perlu dipandangan serius oleh pihak pemerintah untuk melihat kembali tentang pandangan yang dilontarkan oleh pihak penulis blog ini. Dengan kata lain bukan meletakkan pandangan mereka ke dalam bakul sampah tetapi menilai apa yang tersirat menerusi tulisan mereka dalam memperbaiki pemerintaan di negara kita ini...
Bagi Shibuya sendiri bagi penulis blog yang benar- benar ingin melontarkan sesuatu idea atau pandangan apa salahnya jika kita tonjolkan identiti kita sebagai penulis supaya mudah untuk pembaca mengenali siapa penulisnya. Menulis atas dasar fakta yang tepat dan bukan dalam bentuk yang mengapi- apikan. Adalah lebih cantik jika ada kesefahaman diantara pihak pemerintah dalam menilai akan apa yang ingin dipersembahkan oleh oleh penulis ini, mereka adalah rakyat dan dikalangan rakyat adalah pemerintah itu sendiri. Begitu juga untuk penulis blog, jadilah insan yang lebih bermaruah dalam memperkatakan tentang sesuatu perkara dan bukan bersifat emosi.
Apa yang Shibuya harapkan, dalam kenyataan terakhir di dalam laporan berita ini iaitu kerajaan tidak akan mengambil tindakkan terhadap pengkritik kerajaan tetapi apabila sudah menimbulkan fitnah ianya perlu diambil tindakkan. Semoga ada kesefahaman diantara dua belah pihak dalam menilai dan mentafsir akan isu yang semakin menjadi trend pada hari ini. Kerajaan sebagai pemerintah yang mempunyai misi yang telus dan berkaliber dan rakyat sebagai pemerhati yang bermaruah dan profesional...barulah "SATU MALAYSIA", bak kata Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan...
Justifikasinya, sebagai negara yang dilabelkan sebagai negara bercorak demokrasi, kita perlu mengangkat soal ini dengan baik. Adalah amat memalukan jika melihat kembali carta kedudukan demokrasi Malaysia pada tahun 2008 dalam kajian yang dilakukan oleh Global Press Freedom Rankings kita mendapat kedudukan tangga ke 141 daripada 195 buah negara. Jadi apa yang boleh dikatakan di sini, pihak kerajaan perlu melaksanakan apa yang telah dikatakan di akhir laporan tersebut dengan telus supaya tidak ada isu negara demokrasi hanya sebagai label tetapi kita menggamalkan autaritarian sebenarnya...SATU MALAYSIA!!!