Wednesday, May 13, 2009

Buat Si Pembius Kata


Jari ini sudah lama tidak mengalun rentak dilantai askara diiringi idea sebagai muzik latarnya. menulis bahasa formal tanpa ada kuasa puitis untuk diterbitkan bagaikan dibelengu dalam senyap. Minda milik yang SATU itu bagai terikat dengan protokol yang sudah lama menjadi tiangnya. Realiti buat penyuntik bius untuk kalian yang bernama manusia. Puas bukan kepalang pabila ada masa dan waktu yang santai ini di takdirkan buat Shibuya melepas segala yang terikat itu...


Banyak sekali untuk kongsikan pendapat pada yang ingin menikmati ruang maya ini hasil tekanan askara ini. Masa yang ada tidak mampu diluangkan untuk tujuan itu. Soal mati, di bunuh, ugutan, perlakuan ranjang terlarang, cerita- cerita pak polisi, menghadap soal dan soal manusia menjadi buas dilakar menjadi rutin. Hakikatnya inilah dikatakan manusia bukan hidup pada reruang yang kosong. Tugas yang baru itu masih lagi ingin diserap sehingga urat dan nadi boleh merasainya. Lumrah manusia yang ditakdirkan untuk menjadi pembius kata.


Buat kalian yang menjadi pelapis pembius kata ini, tempoh yang diberikan bukan begitu lama. hanya mata yang pejam dan celik sedarnya sudah tiba dipenghujung. Fahami dan akur pada hakikat takdir buat kita. Bahasa tidak bersyukur jangan sekali Shibuya dan kalian yang lain tabur pada takdir ini. Walaupun bukan itu yang ingin dilayari nafsu sendiri. Setiap yang berlakunya pasti ada yang tersirat dan tersurat. Lemparankan sahaja senyuman buat mereka- mereka yang sudah lama nikmati dunia pembius kata ini, jika dikata kerang busuk sekalipun biarlah.... Itu tanda penghormatan kepada mereka- mereka. Satu senyuman mampu mengeratkan hubungan. Percayalah!!!


Ada beban untuk Shibuya dan juga kalian yang sedang menjadi pembius kata ini perlu dipikul sehingga hujungnya. Biar cermat dalam memikulnya. Jangan ada yang tengelam dek beratnya beban yang dipikulnya. Ianya satu realiti untuk Shibuya dan kalian bila menjejak ke alam itu.