“BUAT APA NAK PAKAI HELMET, TAK ADA FEEL LA BRO!” terkesima tanpa ada bait kata yang bisa dizahirkan untuk lafaz mudah daripada seorang manusia yang hanya tahu mengenal erti adiwarna yang hanya sebentar rasa dan nikmatnya. Denting masa masih jauh untuk ditafsir pada umur yang masih hijau. Hakikatnya bala yang diterima bukan sekadar biasa. Diskriminasi, rasa kotor pada diri... arghh banyak lagi kalau mahu dihujahkan.
Shibuya optimis, memandang aktiviti luar kawalan manusia untuk diberikan zatnya. Walaupun hukum tuhan itu memang sudah terang lagi nyata HARAM. Nafsu bergolak bagai sampan di tengah tsunami bukan mundah untuk dikawal. Akhirnya hanyut. Bala itu tidak pernah mengenal mangsa. Siapa kau? Perempuan? Lelaki tulen? Maknyah? Pondan like-like? Gayah? Kalau sudah diterkam nafsu untuk disantapkan zatnya itu, hanya iman yang kukuh untuk katakan tidak.
Manusia bergelar saintis dan segala pakar menyelami pelbagai ilmu untuk mengubati bala itu. Tapi belum ada penyelesaiannya...hanya ada yang mampu, bertahan untuk mengisi ruang masa yang sudah tahu tidak begitu panjang dengan segala kapsul. Sekadar untuk BERTAHAN bukan SELESAIKAN.
Shibuya faham tentang dunia ini. Gelora yang mengapai bala itu masih belum lagi mampu disedarkan. Perasaan bangga bukan kepalang bila mereka yang masih sedar itu bercerita tentang adiwarna yang dikecapi tanpa ada sebarang perlindungan!!!

“Bro...kau tahu tak malam tadi dapat yang comel gila..., finally dapat makan!!!!
“Yeke? pakai tak *&*&*&?
“Motif...nak pakai! Mana sempat nak beli beb. Lagipun nampak bersih je. Smart. Hihihi”
“Mana kau tahu bersih kat luar tu sama bersih kat dalam?”
“ermm..Alah kalau bersih kat luar tuh tak ada la nak risau sangat. Mesti pandai jaga luar dalam”
“Gitew laa adik- adik...Ada babak berat- berat ke?”(provokasi bermula)
“HARUSLAH...”
“Ya ampun...kau tak risau ke kalau kena $#*&!%^?
“Apa kau ni? Nak cerita- cerita pasal benda- benda ni. Motif sangat”
“Yelah sekadar ingatkan. Benda tu dan badan nak guna lama beb. Bukan sehari dua.”
“Motif nak baca khutbah kat aku. Baik sangat ke kau? Dah la malas nak Ym dengan kau lagi. Bye!!(kesentapan)”

Cukup sekadar untuk ingatkan diri sendiri dan juga buat kalian yang masih jauh perjalanannya. Sekadar manusia yang mahu lihat rakan- rakan hidup dengan gembira....Adiwarna itu hanya sebentar!!! Shibuya bukan sehari di dunia ini. Segala payau dan manis usai dinikmati dan masih belum terhenti untuk dinikmati....Sebagai manusia hanya mampu tersenyum sambil hati tertanya sampai bila adiwarna ini terus di "halalkan"? Jika laku Shibuya tak mampu menghalang, kata menjadi gantinya...kini hanya hati yang mampu berbicara.
Itu lumrah. Insan yang sekian lama terbelenggu, bebas dari kepompong dan mengecapi kebebasan. Dinafi, ditidak, disanggah, derhaka di matanya. Pedoman, panduan, pengetahuan, meracuni kebanggaannya. Ahmak! Sempit mindanya, celaka lakunya.
ReplyDeletebetter be safe than sorry...
ReplyDelete