
Jam berbentuk heksagon yang berimejkan katak di atas meja Shibuya sudah menunjukkan jam 4.00 pagi. Mata yang sepet kurniaan tuhan hasil perkahwinan campur dua bangsa ini masih lagi belum ingin menutupkan kelopak matanya itu. OMG...apa nak buat ni..Tahap kebosanan sudah tahap melampau. Buka Winamp. Klik pada playlist sazali (member baik Shibuya atau nama samaran kurniaan buer untuknya- SUZUKI (matiew laa Shibuya dilahar selepas ni)). Opss ada lagu P.Ramlee.Lama tak dengar..layan sekejap. Layan lagi...lagi...dan lagi..
Dari lagu pertama seniman agung itu yang berduet bersama Saloma yang berkumandang di teliga Shibuya “Gelora” sampailah “Saat yang bahagia”.Selesai 15 buah lagu..Wah layan juga lagu- lagu P.Ramlee ni. Jiwa konvensional menerkam kalbu gitu. Tapi apa yang menjadi persoalan, kenapa begitu hebat bait- bait senikata yang ditulis dan dialun dengan muzik yang begitu merdu sehingga kalau di dengar berkali- kali pun tidak pernah bosan. Padahal kalau nak diikutkan sudah lama karya seniman negara ini berlalu di tinggalkan zaman. Mungkin inilah yang dikatakan “kalau yang ori tetap ori....tak perlu ye nak kene touch up touch suara kalau tak sedap guna mesin” (realiti artis yang Cuma mengaharapkan rupa..suara ada? Non ado...)
Yelah Shibuya bukan nak cakap apa, kalau nak diikutkan masa zaman P.Ramlee tu dulu belum wujud lagi teknologi yang hebat- hebat dalam industri muzik untuk merepair suara- sumbang. Semuanya live je kalau nak direkodkan dalam piring hitam (Ayahlah yang story, almaklumlah kaki karaoke). Jadi kita boleh fikirkan sebenarnya secara realitinya kalau nak diikutkan arits dulu- dulu masa zaman 60-an, 70-an (zaman Uji Rashid dan Kak Pah) sampailah awal 90-an (zaman kak Ziana dan Siti ) semuanya punya bakat yang besar sampai ke hari ini kalau sebut sahaja nama- nama penyanyi yang lahir dari zaman- zaman kegemilangan muzik melayu ketika itu semua orang akan ingat walaupun Shibuya bukannya pengikut setia tapi hasil dari menjadi pendengar lagu- lagu mereka ini Shibuya dapat merasakan bahawa hakikat bakat yang asli bukan lawan untuk artis yang tumbuh bagai cendawan sejak kebelakangan ini.
Bukan Shibuya menolak bahawa penyanyi yang ada pada hari ini semuanya tidak mempunyai bakat yang besar, tapi kalau mahu lihat yang benar- benar sedap dan mempunyai kekuatan vokal yang menjadi perhatian para pendengar boleh di bilang dengan jari sahaja. Yang masuk ke rancangan realiti untuk mencari penyanyi dan penghibur juga tidak kurang ramainya untuk mempertruhkan nasib. Tapi yang benar- benar berjaya hanya berapa kerat sahaja. Itu pun sekajap ada sekejap tak ada macam chipsmore pulak..Itu je lah yang boleh Shibuya katakan sebagai pendengar lagu- lagu Melayu yang setia. Sebab siapa lagi kalau nak sokong industri muzi tempatan kalau bukan orang sendiri. Sesuai...
No comments:
Post a Comment